Thursday 6 October 2011

Pembentangan Kum 3


RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU TAHUN 1
TARIKH             :   28-10-2010
HARI                   :   KHAMIS
MASA                 :   8:00 – 9:00pagi
KELAS               :   1A
BILANGAN MURID  :

TEMA
PERTANIAN
TAJUK
BUAH-BUAHAN


FOKUS  UTAMA
Standard
Kandungan
3.2
Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.

Standard
Pembelajaran
3.2.4
Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal  bergading, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
FOKUS SAMPINGAN
Standard
Kandungan
2.2
Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard
Pembelajaran
2.2.1
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.


OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat :

i.                   Menulis tiga perkataan yang mengandungi dua suku kata dan dua perkataan tiga suku kata dengan betul dan tulisan yang kemas.

ii.                Membaca tiga  perkataan yang mengandungi dua  suku kata dan dua perkataan tiga suku kata dengan sebutan yang betul.

PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu :  Pendidikan Kesihatan 

Nilai :  bekerjasama

 KBT: BCB- kemahiran menulis dan membaca
SISTEM BAHASA
Tatabahasa   :  kata nama am
Kosa kata     :  durian,pisang,rambutan,betik dan 
                        tembikai.
MEDIA
benda maujud, gambar, kad imbasan
EMK
Keusahawanan



STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Langkah 1

1.    Murid meneliti buah yang ditunjukkan oleh guru.

2.    Guru dan murid bersoal jawab tentang buah itu.


Langkah 2

1.    Murid diagihkan kepada kumpulan kecil.

2.    Guru memberi keratan suku kata nama buah-buahan kepada setiap kumpulan.

3.    Murid-murid mencantumkan suku kata dan membentuk nama buah serta melekatkan pada gambar yang betul di papan hitam.

3.    Murid membaca paparan (buah-buahan) dengan bimbingan guru.


4.    Guru menyemak jawapan dan meminta seorang wakil kumpulan menyalin semula perkataan pada papan tulis.





Langkah 3

1.    Beberapa orang murid menulis perkataan yang disebut oleh guru pada papan tulis. Contoh:  tembikai, pisang, durian, rambutan dan betik.
     
2.    Guru membimbing murid menjalankan aktiviti permainan bahasa dan mengisi tempat kosong dengan huruf yang betul. 

3.    Setiap wakil kumpulan menampil ke depan untuk membaca jawapan.

4.     Semua murid membaca jawapan  
 tersebut dengan bimbingan guru

Langkah 4 (Pentaksiran)

1.     Murid menulis perkataan yang 
 sesuai pada ayat-ayat berdasarkan  
 gambar diberi.

1.     Murid menyalin semula perkataan 
 berdasarkan gambar yang diberi.


1.    Murid menyusun suku kata membentuk perkataan berdasarkan gambar.






Nilai:
-kesihatan
-kebersihan









KBT:
Kecerdasan pelbagai

Nilai
-Kerjasama

















Ilmu : kesihatan