Thursday 6 October 2011

Minggu 9


RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU TAHUN 1
TARIKH                     : 27 hb. Oktober, 2010
HARI                          : Rabu
MASA                         : 60 minit
KELAS                      : 1 Bestari
BILANGAN MURID : 40 orang

TEMA
PERTANIAN

TAJUK
Buah - buahan




FOKUS UTAMA

Standard Kandungan

4.1

Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.


Standard Pembelajaran

4.1.2

Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.


FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan

3.3

Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.


Standard Pembelajaran

3.3.3

Membina dan menulis  jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan.


 

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat:

i.  menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan
    gerak laku secara didik hibur,

ii. mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan
    sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta  
    menggunakan  bahasa badan secara kreatif melalui  
    penceritaan  secara didik  hibur.

iii. menulis  2 dari 4 jawapan  dalam bentuk ayat mudah dengan
    betul berdasarkan soalan.


PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu: Sains, Pendidikan Kesihatan
Nilai: menjaga kesihatan diri
KBT: Kecerdasan Pelbagai- kinestetik, visual ruang, verbal
          linguistik


SISTEM BAHASA

Tatabahasa: kata Tanya.
Kosa Kata   :

MEDIA

seni kata lagu , kad gambar.

EMK
Elemen  Keusahawanan:-
     1.  mengamalkan sikap keusahawanan yang cemerlang.
     2.  mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan
          perniagaan.



STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Set Induksi
1.  Murid dipilih secara rawak  
     dengan mata yang tertutup .

2.  Merasai rasa buah – buhan
     dan meneka nama buah –
     buahan tersebut.
     ( menamakan )



Teknik Soal Jawab

Buah durian, anggur, rambutan, tembikai, mangga.

Langkah 1

1. Guru memaparkan lirik lagu
   

2. Murid dibimbing menyebut
    senikata lagu tersebut.( latih
    tubi – sebut berulang kali )

3. Murid dibimbing menyebut  
    senikata secara berirama.( latih
     tubi – sebut  berulang kali)


KP: Verbal linguistik









Langkah 2

1. guru memilih  murid secara
     rawak  untuk  main peranan
    sebagai pembeli, penjual dan
    pemegang watak buah- buahan

2. Murid  menyanyi sambil main
   peranan.






KP: Kinestetik

Senikata lagu  , kad gambar, topeng muka.


Contoh  arahan :-

Pembeli nyanyikan rangkap bewarna biru, penjual  nyanyikan rangkap bewarna merah dan hitam adalah watak buah – buahan.

Langkah 3

1.  Murid dan guru bersoalan  jawab tentang  buah – buahan berdasarkan PSA murid.

3. Guru dan murid  sekali lagi bersoal – jawab tentang  :-

 1. ciri – ciri gerai yang baik.
 2.  cara menarik pelangan.
 3.  Nilai baik yang mesti
      diamalkan oleh seorang
      peniaga buah – buahan.

KP: Kinestetik, visual ruang

Contoh soalan :
1. Di manakah kamu selalunya membeli buah – buahan ?

2. Mengapakah kita perlu makan banyak buah – buahan ?



Contoh  soalan :-
 Apakah yang kamu akan lakukan untuk menarik pelanggan?
 :-  memberikan harga yang berpatutan,


Langkah 4
1. Guru mengedarkan lembaran
    Kerja untuk latihan menulis jawapan berdasarkan soalan.

2. Murid memilih dan menulis jawapan  berdasarkan lima soalan



KP: Kinestetik, visual ruang

Penutup


1. Murid menyanyi semula lagu
    dengan membuat gerakan yang
    sesuai.


Rumusan isi pelajaran

Senikata lagu




No comments:

Post a Comment