Thursday 6 October 2011

RPH BM KUMP 4 - KLG TIMUR


Mata pelajaran             :           Bahasa Malaysia
Masa                            :           7.30pg – 8.30pg
Tahun                          :           1M
Tema                           :           Kesihatan
Tajuk                           :           Buah-buahan tempatan
Fokus Utama               :           Standard Kandungan:-
2.2        Membaca dan memahami perkataan fasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran:-        
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan        :           Standard Kandungan:-          
3.2        Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.

Standard Pembelajaran:-        
3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.

Objektif                       :           Pada akhir pengajaran murid dapat:-
1.      Membaca tiga perkataan daripada 5 perkataan yang mengandungi dua suku kata dengan sebutan yang betul.
2.      Membaca dan menyatakan erti perkataan dengan betul.
3.      Menulis tiga perkataan daripada 5 perkataan yang mengandungi dua suku kata dengan kemas.


Pengisian kurikulum    :           ILMU  : Muzik
                                                KBT    : Belajar cara belajar – bacaan intensif, kemahiran menulis.

Sistem bahasa              :           Tatabahasa: Kata nama Khas, Kata nama AM

Media                          :           ICT




Aktiviti
Pengisian kurikulum
Catatan
Set induksi :-
1.      Guru memperdengarkan lagu yang bertajuk buah-buahan.
2.      Murid – murid mendengar lagu tersebut.
3.      Guru dan murid bersoal jawab tentang buah-buahan dalam lagu tersebut.

Ilmu : Muzik

Nilai :
Memberi tumpuan

Lirik lagu

Contoh soalan:-
1. Lagu ini tentang apa?
   (Jwp: Buah-buahan)
Langkah 1:-
1.      Guru membaca petikan pendek.
2.      Murid mengikut guru membaca petikan secara kelas.
3.      Murid membaca petikan secara individu.

KBT:
Belajar cara belajar
- Bacaan luncuran

Nilai:
Menghormati

BBM: ICT

Langkah 2:-
1.      Guru memberi penerangan tentang kandungan petikan.
2.      Guru meminta murid mengariskan nama buah-buahan yang terdapat dalam petikan.
3.      Guru meminta murid membaca perkataan yang digaris.
4.      Guru memamparkan gambar buah-buahan.
5.      Meminta murid mengeja nama buah-buahan tersebut.


KBT:
Belajar cara belajar
- Bacaan luncuran
- Bacaan mekanis

Nilai:
Berani mencuba

Contoh perkataan dua suku kata:-
Betik, duku, nanas, manggis dan durian.
Langkah 3:-
1.      Murid membaca perkataan dua suku kata dengan sebutan yang betul.
2.      Guru meminta murid membaca perkataan dengan mekanis.
3.       Guru mengeja perkataan dua suku kata dengan betul dan jelas.
4.      Murid-murid mengikut guru dan mengeja dengan betul.
5.      Guru membimbing murid.

Nilai : Dispilin

Kosa kata:
Betik, duku, nanas, manggis dan durian

Langkah 4:-
1.   Murid menulis perkataan yang sesuai   
      pada gambar.
2.   Murid membaca semula perkataan yang   
      telah ditulis di dalam petak yang
      disediakan.

Pemulihan :-

1.        Murid membaca suku kata yang diberi dengan  sebutan yang betul dengan bimbingan guru.
2.        Murid mencerakinkan perkataan berdasarkan gambar.
3.        Meminta murid membaca suku kata yang dicerakinkan.




Pengayaan:-

1.      Murid memadankan suku kata yang diberi dan menulis  semula perkataan tersebut supaya menjadi perkataan yang lengkap.
2.      Murid memadankan perkataan dengan gambar yang betul.
3.      Guru membimbing murid.

Nilai : Tekun

KBT : Memadankan





Penutup :-
1.        Guru meminta murid menyanyikan lagu buah-buahan yang dipelajari pada hari ini.
2.        Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menulis nama gambar buah-buahan tersebut.

Ilmu : Muzik

Nilai : Berkerjasama


Lembaran kerja









No comments:

Post a Comment